Terima kasih pada kawan2 yg meninggalkan ucapan di entry dibawah.
Dah jadi tenggelam timbul pula sy lately ni..., mana la tidaknya....mood mengemas datang dengan tak disangka sangka....abis luar dan dalam rumah nak di kemas.... tu pun tak siap lagi....pasu dan tanah masih lagi tonggang tebalik...huhuhu....
Sebelum merapu ntah apa2 lagi kan...sini sy nak share resepi agar-agar sedap....dan senang nak buat ni.
Resepi...! Resepinya sy ambil dari Kak Seri... , kak...sy share sini pula ye...:)
Sumber resepi : Seri Kandi Tanah Jauhar
Bahan A:
8gm serbuk agar-agar (saya guna sepeket/10gm)
3 cawan air (saya guna 1 liter)
1/2 cawan gula pasir
~didihkan semua bahan A
Bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
170 ml susu cair
Bahan Lain:
2 sudu besar mentega/ marjerin
pewarna dan perisa ikut kesukaan anda
~ Kisarkan semua bahan B di dalam pengisar sehingga lebur... huk2
~ Apabila campuran agar-agar mendidih, masukkan bahan B, kacau rata.
~ Kemudian, masukkan mentega yang telah cair, kacau rata sehingga mendidih dan tutupkan api.
~ Bahagikan adunan kepada beberapa warna atau perisa. Sendukkan selapis-selapis ke dalam loyang acuan tanpa mengacaunya sehingga penuh loyang atau habis adunan.
~ Sejukkan dan simpan di peti ais sekurang-kurangnya dua jam sebelum dihidangkan.
--------------------------------------------------------------------------
Cara masak agar-agar menggunkan pressure cooker noxxa
Basuh agar-agar, masuk dalam periuk , masukkan gula dan air (ikut resepi dan sukatan air seperti di atas)
Tutup, tekan fungsi pressure selama 3 minit, pastikan tombolnya diletakkan di pressure.
Dah habis berbunyi, buang dulu tekanan dia...buka penutup, masukkan BAHAN B tadi. (Ikut resepi di atas.)
Tekan button steam 2 minit sahaja. Dan tombolnya mesti la duduk kat steam juga.
Siap! Keluarkan...letak la pewarna...ikut le nak gayakan camna adunan tu...
Mudahkan...tak sampai 10 minit masaknya...jimat masa...jimat gas tau...:)
13 comments:
Cantiklah layer dan warna yg Syifa gunakan. Kakak pressure cooker lebih guna utk masak-masak harian aje. Sebab balik kerja nak masak cepat guna ni...
cantik menawan si puding ni..teruja anak2 nak mkn
Sedapnya, pemes betul pressure cooker skrg
cantiknya tengok....mesti sedap..
awak.. ni yang buat saya semangat nak buat ni..
InsyaAllah malam ni nak cuba buat.. kalau jadi nanti saya share dalam entry.. ;)
Kompom bdk2 tu dh hbiskn he hee.x smpt nk mintak ..:)
asslam syifa
cantik kalernya
sedap mkn puding sejuk2kan
cantik color dia
thanks share recipe :)
wahh syifa mood mengemas nak raya haji ke ni heheheeh...tapi kalo dah dtg mood mengemas mmg kene layankan ajek...mood tgh rajin kan baik mengemas ape yg patut heheeheheh
lieya penah makan puding roti nie....mmg sedap.....nak buat pun senang kan....ade lebih2 roti tu leh laa ditransform kan jadi puding....lieya salin resepi tau...nanti nak try buat.....
Ni kalau ada contest duta periuk Noxa ni AM sure awaklah yg menang hehe....rssanya separuh blog awak promote product diakan....
Apa beza agar agar roti dgn agar agar biasa ke
Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html
betul syifa, akk pun klu dah dtg mood mengemas, mcm susah nak break masak ke ape ke..hihiiii..yg pnting puas hati apa yg kita dah lakukan pd hari tu...
Hari itu masa Raya Haji kakak ingatkan nak buat macam ni Syifa tapi sibuk sangat so cancel.. lain kalilah..
Post a Comment