"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Monday, June 25, 2012

Kuih Lopes

Assalamualaikum.....selamat sejahtera semua.....salam ceria........:)


Ini lagi salah 1 kesukaan sy, kuih muih yg berasaskan pulut ! ,  dulu-dulu sebenarnya sy bukan seorng penggemar pulut....dan x tau kenapa...semenjak setahun yg lalu....pulut tu...mcm dah jadi kegemaran pulak..., lagi la kalau kuih seri muka tu...aduhhh......mmg klau dptnya......mcm x nmpk dah kat orng belakang ....:P

Ini kuih yg guna pulut juga...kuih lopes......hasil 1st time membikinnya......:) antara menu ~ gambar yg terperap lama dlm folder pic....:) seingatnya masa sebelum cuti sekolah 2 week hari tu.......baru la nie nak masuk buat n3.......:D



Punya la beria nak mkn time nie.....so...buat jer lah..ikut resepi dari K.Yatie ~ Sinar kehidupanku ~ ... dan kebetulan masih ada bnyk baki kelapa parut la yg terbuatnya kuih nie......tq ye kak...share resepi yg sedap nie....sy share resepi kat sini ye....:)


Resepi 

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan ( dikisar )
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik warna hijau
kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam

Bahan utk air gula

3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

Cara-cara 

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air selama 3 jam. Masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya, kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit, lepas tu masukkan santan & air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
2. Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat² dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dlm periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4. Air gula bergantung pada saiz gula melaka yg digunakan, jika guna besar boleh kurangkan.



Ok...gitu ler kuih muih yg x seberapanya ini.............kalau nak cuba silakan cuba.....:) 

daaaa......


8 comments:

IDAZS said...

nyum-nyum...kegemaran anak bujang saya ni :)

Asyifa Mustaffa said...

sedap kan kuih nie....:)

Liza said...

Salam Syifa..ni kuih peberet hubby akk tp akak xpernah lg buat....ngeeeeee

Asyifa Mustaffa said...

W'salam K.Liza,
bole buat la nnti kak....pose pun dah nak dekat nie....:)

Bicara Kak Noor said...

Sedapnya Syifa akak ni suka makan lopez de squera ni tapi tak reti buat dan tk pernah buat lagipun naka2 tak reti mkn jadinya mama nya tka belajar lah,nnti akak nak try lah resepi syifa ni pasti sedappp kan

Asyifa Mustaffa said...

insyallah sedap kak.......:)

kejora said...

sedapnyee..my feveret

Asyifa Mustaffa said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...