"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Monday, July 30, 2012

26 hingga 30 ~ karangan pendek !!!

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :D'


dah 2 hari cuti....sekali bukak pc...marathon balik kuiz K.Sha nie...
berpeluh le hamba tercari cari di mana seterusnya soalan ...
rupanya di SINI.....huhuhu....

untuk soalan 26 hingga 30 nie...K.Sha nak suruh buat rumusan lah kiranya tentang ke lima-lima blog beliau....

mak aiii..! tergezut tuan hamba, mana le tidaknya...last buat karangan pendek nie..masa zaman sekolah yg dah berbelas tahun ditinggalkan....udah x berapa nak ingat...skill nak cari isi penting...nak buat pendahuluan...nak buat penutup....! 
mmg mencabar dan tercabar nie....,
tapi apakan daya...

alang alang menyeluk pekasam....biar sampai ke pangkal lengan....!!!

hah gitewwww :D

ok....teruskan saje...no more banyak story mory.........!

SOALAN 26 

soalannya SINI.


Blog berkisah tentang  Hobi & Koleksiku ~ Hanya Sekadar Hobi........Itu Sahaja......

Dengan motto 'Tak cuba Tak ler Tahu'

nak review ? boleh tgk sini :  http://shashasuka.blogspot.com/

gitu bunyinya....so kalau dah gitu mottonya...tak cuba tak ler tahu....betul sangat-sangat...! kalau kita x cuba...tak buat sesuatu tu...kita x kan tau la kan cmne gaya dan rupanya sesutu tu......blog ini berkisah  tentang apa sahaja hobi atau apa sahaja koleksi yang menarik perhatian beliau, akan dikongsikan buat pembaca-pembaca blognya....

mula menulis dalam blog ini, adalah pada tahun 2010 bulan november 24 haribulan...telah pun mempunyai seramai 72 orng pengikut setianya...! ( termasuk sy....:)) 

Blog k.Sha nie..antaranya, menceritakan serba sedikit tentang bnyknya petua yg beliau kongsikan  dan tips utk wanita kebanyakannay nya...tentang cerita kasut...bab make up...smpaikan nak menyoping pun ada juga dimasukkan sekali tip-tip yg penting tu, segala macam info ada....sungguh rajin kakak sorang nie...! hehe....

Untuk detail...nak baca segalanya tentang hobi dan kesukaaan K.Sha...boleh melihat ke sana dengan mengklik sahaja kat SINI,  pegi jenguk ye...jgn x jenguk..! dah jenguk tu..review lah semuanya...........n jangan lupa follow sekali..pada mereka yg belum folow tu........:)

SOALAN 27

soalannya SINI



Blog K.Shahriah yg ke~2, blog beliau nie...berkisar tentang karya-karya yang pernah beliau hasilkan. Mula berkecimpung dalam dunia penulisan bermula pada tahun 2006 ( ini sy tau masa dengar Putra.fm 90.7 hari tu..:) juga pernah ada nama pena yg agak comel tau..'pisang berangan' hehe....:D )...makanya dalam blog beliau nie...ada terkandung serba sedikit semua novel penulisan yg dikarangnya...

Mempunyai seramai 176 folower , mula menulis dalam blog nie sekitar January 2010 dengan tajuk yang pertamanya Kau Mawarku, di mana Kau Mawarku adalah novel pertama hasil karya beliau. dan setakat ini..bloh beliau ini telahpun mempunyai sebanyak 70 entry yang berkenaan tentang karya-karyanya..dan segala aktiviti yang bersangkut paut dengan kerjaya penulisan beliau.

Untuk mengenali Novelis Shahriah Abdullah yang popular nie kan, ..boleh la review blognya di SINI.

SOALAN 28

soalannya SINI



Blog yang ke 3, kiranya blog K.Shahriah yang paling glamour ni tau....beliau mula dikenali semenjak beliau menyertai  rancangan masakan  Masterchef Malaysia musim yang pertama....hebat tak hebatnya nya tu...hanya mereka-mereka yang berani menerima tekanan dan cabaran sahaja yang mungkin dapat melayakkan diri untuk menyertainya. Saya ? oh tidak...memasak di bawah keadaan yang tertekan..memang hasilnya tidak akan menepati citarasa ok...! 

Tapi mungkin boleh bagi K.Sha la kut....hehe....., mempunyai seramai 524 orang pengikut setianya di blog ini...memang setia sangat-sangat...sebab boleh dikatakan, setiap hari beliau akan memaparkan segala bentuk makanan...menu-menu istemewa dari air tangan beliau sendiri. 

Resepi pertama yang dikongsikan beliau adalah Kari Pipi Ikan Kerapu~ November 24, 2010, memang nampak amat-amat menyelerakan.....!. Tak percaya? boleh jenguk resepi kejap....:)

Minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan, menyebabkan terbitnya sebuah buku masakan beliau yang tersendiri, yang berjudul Buku Resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. 

Untuk lebih banyak resepi kan...almaklumlah...bulan Ramadhan nie kan...K.Sha...lagi banyak masukkan resepi tau...kalau rajin boleh view resepinya di SINI.

SOALAN 29

soalannya SINI



Truly Me....ya...ini lah dia blog yang berkisar tentang kehidupan sebenar seorang penulis....seorang yang boleh dikira chef jugak la kan dalam masak memasak nie. 

Blog ini diwujudkan adalah untuk beliau berkongsi cerita tentang kehidupan beliau bersama tiga orang permata hatinya...juga bersama suaminya Pak Habibi itu.....:D, tempat untuk K.Sha meluahkan perasaan la gitew senang ceritanya.........:D

Dan juga...sempat juga bilaman ada entrynya yang beliau meletakkan sedikit tips sebagai tambahan bacaan pada teman-teman blogger yang menyinggah tu...

Dengan kata lain ~ perkataan yang dapat disimpulkan pada blog K.Sha yang ke empat nie adalah ' My Family My World My Destiny' ~ dipetik dari ayat di blognya...

Untuk lebih jelas, dan lebih lanjut...dan untuk mengenali K.Sha dengan lebih detail lagi....sila lah merajinkan jari jemari anda untuk mengklik di SINI.

SOALAN 30

soalannya SINI



Blog yang ke lima, dan terakhir buat penulis novel nie...., dengan menterjemahkan blognya sebagai 'Travel & Adventure Fun Vacations and Best Makan Sakan !' anda tentu dapat menangkap apa yang cuba ingin disampaikan betul ?

Blog yang bertajuk  cuticutishahriahnovelis nie kan, lebih memaparkan kepada salah satu aktiviti kegemaran K.Sha juga....aktiviti melancong..! dan jalan-jalan...sape yang tak suka melancong ye tak ? ke mana sahaja tempat percutian beliau...akan dikongsikan di blog ini....Juga...tempat-tempat makan yang menarik juga turut dipaparkan....mana lah tau kan...apa yang K.Sha kongsikan tu....dapat menarik perhatian mereka-mereka yang tidak pernah, dan teringin nak berkunjung ke situ...so melalui informasi dari blog K.Sha nie...maka adalah sikit info yang bole diguna pakai mungkin.......:D

Jadi, pada anda yang rasa nak melancong tu kan....nak pegi makan-makan tu kan...nak menyoping juga tempat-tempat menarik tu juga.....boleh la review blog cuticutishahriahnovelis nie di SINI.

Bukan sahaja di Malaysia ye....luar negara pun ada u...! sila la jenguk ye......:)

:D :D :D :D :D

Alhamdulillah....selesai sudah tugasan nie.....:))

Dari maalam tadi dok taip sikit² ...selesai juga akhirnya.....K.Sha, silalah ambik markah nya ye...selamat membaca dan memeberi markah.......:D


1 comment:

Nur-nba said...

Good luck Syifa.. Rajinnya dia mengarang. Kak Nur tak sempat nak join GA Kak Sha.. Memang terasa ralat juga.. Nak buat macam mana, sibuk sangat. Mesti dapat markah banyak dari Kak Sha ni.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...