"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Sunday, July 22, 2012

Red Velvet Cake ~ edisi separuh.

2nd time buat rvc ~ hasil memuaskan :), atas permintaan anak² buah..., so semalam jadi la kek nie sebagai menu tambahan berbuka,. dan lagi ada karamel kek hasil air tngn ku juga...( ini nnti buat n3). 

1st day buka puasa, kat umh sis in law, so itu ler menu yg di bawa semalam........ rvc n karamel kek....dan lagi ciz tat. Kiranya... x de la dtngnya belenggang kangkung ye x? duduk dan makan mcm tu  saje....hehe...malu tau kalau gitu pesennya.! dah le dtng pun lmbat....nolong masaknya pun tdk...alih² time makan...sedap je menyentap .... mmg bukan kegemaran hamba gitu !!! 

Ok..cite rvc balik....:) buat edisi separuh je......


ini keadaan lepas dikeluarkan dari loyang ~ guna loyang 7" je....sbb adunan sikit...tp ok la....


dan ini, selepas dibahagi 2 kan...........dan di letak tengahhnya itu dengan cream cheese frosting. resepi totallay ambik dari blog K.Ita..., dan sumber lain dari Rima.

K.Ita, sy share kan resepinya di sini ye ~ buat panduan / carian sy pada masa akan datang......:D

Resepi 


di try test : Asyifa

RED VELVET CAKE separuh

1 1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - guna gula kastor
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C.
Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung,
susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk kertas.
Bakar pada suhu 175C selama 30 minit atau sehingga masak.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Sapukan Cream Cheese ke atas kek.
Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

Cream cheese frosting

125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.
                        :D----------------------------------------------------------------------------:D

Memang totally sy ikut sebiji resepi nie..termasuk la dgn cream cheesenya tu.......dan bawah nie adalah hasil yg x seberapa... huhuhu...~ x berapa nak cun decorationnya akibat kekurangan barang utk decorate....



ini hasilnya yg x sebarapnya.....~ yg penting dpt puaskan hati orng² yg berhajat nak merasanya...itu saje ~ gmba yg dah potong , x de....mmg bawa sebiji gini ke rumah sis in law........:) 

ada ke yg kata terliur ? biasa je lah...! orng lain buat lagi mabeles tau...........!!! 


7 comments:

Azie said...

Siap bersolek lagi RVC tu, ok lah

FnF Simple Life said...

wah...berbuka puasa dengan rvc... memang class ... cedapnye... terus teringin... selamat berbuka puasa... sy kat Nihon dah berbuka 30 minit tadi...hehe... Alhamdulillah

Amie said...

Setuju.... memang hasil tangan orang lain lebih menyelerakan! He he ehh agaknya dah bosan dengan hasil air tangan sendiri kot...
Selamat berbuka Asyifa.

asyifamustaffa said...

solekan yg simpel saje kak....:)

asyifamustaffa said...

sekali dalam sekala....hehehe...

asyifamustaffa said...

selamat berbuka kak.......:)

AL AZRUL said...

sedapp...

slmt berpuasa ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...