sbb telebih rajin...sy letak dlm bekas muffin la...saje suka2...patutnya letak dlm loyang kan....nak bagi mcm cun sikit...bagi anak2 tgk mcm...fuyooo...mcm best......tp rasa dia..ok la....bole tahan....
bila makan..ada la terasa hirisan2 epal yg lembut tu....ok..pada sape2 yg nak mencuba tu kan...resepinya kat bawah nie ye....
RESEPI
Bahan2 :-
1atau 2 biji epal (tgk saiz)
100 g mentega - suhu bilik
80 g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100 ml whipping cream
150 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara2 :-
- Bersih dan kupas epal.potong dadu.gaul dengan 2 sudu gula.kemudian masak epal biarkan lembut.
- Pukul mentega smpi mcm berkrim skit, then, masukkkan gula, pukul sampai jadi putih.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan whipping cream, kacau sebati.
- Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan epal yg telah dimasak tadi. (air yg keluar dari buah epal tadi, boleh masukkan sekali).,
- bolehlah dimasukkan kedalam loyang.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
pada anda yg nak mencuba....dipersilakan....sedap tau....^__^
No comments:
Post a Comment