"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Monday, July 25, 2011

MUFFIN PISANG WIT CHOC CHIP

Assalamualaikum....n3 tertunggak, sepatutnya petang tadi menulisnya....di sebabkan ada hal2 yang tak dpt nak dielakkan....jadinya...sekarang lah masanya......alkisahnya....minum petang hari nie...sy memapin....alhamdulillah...anak2 suka...dan resepi nie...mmg simpel n sedap....dan mudah...kalau anda x cuba...x tau kan..senang atau tidak....

Muffin pisang yg dibuat petang tadi ada 2 version...satu mmg dlm bekas muffin.....sbb bnyk lebih buat kek epal hari tu.... dan satu lagi dalam bekas cup yg kecik tu...anak2 suka yg kecik tu...senang nak makan...tp yg dalam bekas muffin tu..ada filing starwberry sebenarnya.....

dalam nie ada filing strawbery

banjir dengan choc chipnya....:)

ok...pada sape2 yg nak mencuba....nie resepinya ye....resepi asal daripada blog INI-jintanmanis.com , tapi...sy tukar sikit2..ikut barang2 yg ada dlm dapur sy (yg tulisan *merah* syifa punya )...mana yg ada jelah...janji ada n menjadi...:)

Bahan-bahanya:-

2 cawan tepung gandum (*sy pakai tepung superfine, tpung gandum kat umh abis stok...!*)
1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan) (*yg nie gula kastor*)
2 biji pisang yang ranum
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan ( suku) susu segar (*sy pakai susu full cream jer...*)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) (* sy pakai choc chip... *)


Cara-caranya :-
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan.(* sy x letak sugar pwder, sbb rasanya mcm dah ok2 la, sbb choc chip kat atas kan*)

 Ok...bagi sape yg nak cuba...selamat mencuba.....pasti menyelerakan...........:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...