Hari nie buka2 fb jumpa la 1 artikel yg fren fb share nie, rasanya ok juga kalau sy kongsikan juga buat rakan2 yg lain...
Ini info berkaitan dgn garam... salah satu amalan sunnah yang tak diketahui.....(ada setengahnya mungkin dah tau kan...)
tq google |
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.
Ini pulak antara petua yg bole digunakan ~ antaranya :-
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
sumber : SINI
25 comments:
tambahan sikit.. kalau selalu selesema, ada alergi atau resdung.. buat air garam, lepas tu titiskan ke dalam hidung.. buat at least sekali sehari.. setiap hari.. insya allah akan berkurang..
garam boleh juga digunakan utk halau makhluk halus.. kalau tak silap sbb syaitan tak suka dgn garam sbb wave daripada garam tu sama dgn wave diorang.. mcm tu la lebih kurang..
terima kasih atas informasi ini. sangat berguna la..
salam ukhuwah dr nanie :)
setuju dgn rai, ada org mengubat dgn menabur garam keiling rumah sebagai pendinding.
Sangat informatiflah Syifa. Kakak suka N3 ini..
tq...bertambah pengetahuan akak bc entry nih
nak amalkan...In Shaa Allah
terima kasih...
tq info ni =)
Tapi klu tak silap yg guna untuk perubatan ni bukan garam biasa kan
eh lieya baru tau nie....sebelum ni mmg tak tau pun....info berguna nieh...
thanks for sharing...
tq share info dan berkongsi ilmu yer
tq info..
info menarik..tq for sharing
Kecik dulu kalau gatal2 je, mak soh rendam kaki/tgn yg gatal dlm air suam bercampur garam. Mmg berkesan.
Tq for sharing... suka!
tq for sharing.. sharing is caring
tip yg berguna...tq ye share
makanan tanpa garam memang tak best...
tq share...sangat berguna
saya dulu kalo sakit gigi kumur air garam...ok untuk kurangkan rasa sakit gigi...
Aslmkum Syifa
selalu kalau cerit berit, klinik akan bagi ubat air garam, ya kumur air garam kalau sakit gigi.rupanya byk lagi kelebihan garam...tkasih Syifa berkongsi.
re; Slmt mencuba resepi nasi tomato simple .
banyak khasiatnya sebenarnya.. cuma kita jarang nak gunakannya.
assalam Syifa
amalan yg bagus tp jarang org nk ikut betul tak he hee
cerita pasal garam, akak kecik2 dulu selalu sakit gg he hee jadi memang malam2 asyik kumur air garam je lah
Good sharing syifa...garam memg byk gunanya slain digunakan dlm masakan
Betul tu AM...pernah dengar jugak petua petua tu...memang banyak khasiat garam nikan walaupun rasanya masin!
betul kak..garam banyak guna & khasiat.. :)
Amalan Sunnah | Tanyalah Ustaz
Oleh: Ustaz Asrulnizam Abas
InsyaAllah Bermanfaat
Post a Comment