"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Friday, February 10, 2012

MINI CHOC0LATE ECLAIR

Alhamdulillah...berjaya menyiapkan 1 resepi yg mmg dah lama nak buat...dan akhirnya...tertunai juga...sngt² suka..dan sangat-sangat seronok sbb menjadi....itu yg penting ! 

Ini lah dia.........MCE ~~
guna inti custard

ni, khas utk anak- athirah, hadif n hazim

pada yg nak mencuba tu kan, sy share resepinya ye :-



Bahan-bahan ( 35 - 40 keping )
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1/4 cawan mentega (1/4 buku)
1 sk gula halus
1/2 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur
1/2 sk esen vanilla

INTI CUSTARD :-
550 ml susu segar
90 g gula pasir
60 g tepung custard
1 sb mentega/majerin

CHOC. GLAZED :-
100g dark chocolate
30 g mentega

Cara-cara :
Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. (syifa lubangkan piping beg  lbih kurang besar duit 20sen)   Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.* syifa buat pnjng dlm 2 inchi *
Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.

Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.

Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :) (syifa pakai choc ready mate jer, malas nak masak choc lain..)

Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan, ( mmg sdap mkan sejuk) 

ok, senang jerkan , selagi x buat nie, kita x tau camne rasanya kan, bahan pun mudah jer nak dpt... cubala... x rugi punya... anak syifa, hadif suka sngt...sdap katanya... nmpk gaya lain kali buat, kene tambah sukatan la....bgi bnyk skit...

selamat mencuba.....

7 comments:

Cheq Sue said...

wah...cantik je MCE syifa ni. siap dengan custard filling lagi, x macam cheq sue buat... malas.. he he he

rahel said...

bestnya klu dapat 2-3 ketul MCE..dah try gak ari tu..guna resepi yg sama..memang sedap jer..

Asyifa Mustaffa said...

Cheq su : idea nak buat bila jengah blog akak tdi...thx..

rahel : mmg sdap kan...anank² pun suka...:)

Ibu Darwisy said...

kak syifa, nak 5 ketul..hehehee

Asyifa Mustaffa said...

alamak ! tnggl 1 ktul jer lgi...:)

Anonymous said...

mcm mana nak isikan custard dalam puff?

Asyifa Mustaffa said...

Anonymous : custard letak dlm piping bag...senang nak masukkan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...