"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Wednesday, May 16, 2012

Pewangi semulajadi

Jalan, jalan dan terus berjalan di alam maya ni... jumpa la sumting yg interesting utk dikoongsikan...~ petua nak wangikan rumah tanpa gunakan pewangi yg sedia ada di pasaran tu....nak tau..bole baca ye...


Bauan selepas memasak, begitu juga sampah-sarap antara penyumbang bau tidak enak yang kadangkala sukar dihilangkan. 

Dapur adalah tempat yang paling mudah memerangkap bau busuk dan sukar dihilangkan kerana di situ selalunya kita meletakkan sampah dan melakukan pelbagai kerja dapur seperti menyiang ikan dan memotong daging. 

Petua yang menggunakan hasil alam berikut boleh diamalkan kerana ia diketahui mempunyai bauan semula jadi yang tidak mungkin mengecewakan : -

tq google

1. Kulit kayu manis dan bunga cengkih direbus sehingga menggelegak dalam periuk. Setelah sejuk, air daripada rebusan itu boleh digunakan untuk mengelap atau sebagai bilasan terakhir pada kabinet atau lantai jubin. Cubalah, ia ada kewangian dan kesegaran yang tersendiri. 




2. Racik halus daun pandan dan letakkan di dalam bekas. Bau daun pandan memang terkenal tahan lama tetapi ada yang tidak menyukainya di tempat yang tertutup kerana baunya agak kuat. Jadi daun pandan sesuai diletakkan di ruang yang lebih besar seperti ruang tamu dan balkoni.

tq google
 
3. Tanam daun pudina atau dapatkan di pasar. Masukkan di dalam bekas bunga kecil dan isikan air. Ia boleh tahan beberapa hari dan dapur anda mempunyai aroma pudina yang segar. 


bunga melati ~ google lagi

4. Dapatkan segenggam bunga melati yang masih menguncup. Letakkan di dalam mangkuk kecil dan letakkan di sudut. Biarkan ia mengembang dan mengeluarkan baunya yang wangi. Pelbagai bunga boleh dijadikan pilihan termasuk bunga kenanga dan mawar. 


limau purut ~ google thx 

5. Biasanya bilik akan berbau hapak jika bilik itu tidak bertingkap. Selain haruman segar bunga-bungaan, buah limau purut boleh membantu. Belah dua beberapa biji limau purut dan letakkan di beberapa tempat seperti bawah katil, sudut pintu dan dalam almari. 


bunga kenanga ~ google aje

6. Bunjutkan bunga kenanga, melati atau daun pandan di dalam kain nipis dan letakkan sebungkus kecil di dalam almari di bilik tidur, bilik membaca atau di ruang tamu. Keharuman akan menyemarakkan suasana setiap kali anda membuka laci. 

Di samping itu, apabila anda merebus seperiuk kecil buah-buah sitrus, kulit kayu manis atau cengkih selama kira-kira sejam dengan api perlahan, aroma rebusan itu akan mewangikan seluruh rumah anda di samping menyegarkannya

Mungkin apa yang perlu dilakukan tadi dianggap remeh. Lebih mudah beli saja di kedai kemudian gantung dan lekatkan di mana-mana. Namun hakikatnya, pewangi udara tiruan tidak mencuci udara tetapi sekadar menambah bauan lain bagi menutup bauan sedia ada. 

Selain itu, boleh letakkan pokok dan bunga pasu di dalam rumah. Pokok ialah penyegar udara yang sangat mudah dan ringkas. 

itu ler sahaja yg nak dikongsikan.......nak cuba..silakan...insyallah sy pun nak try nie..........semulajadi tu dah tentulah yg terbaik dari tiruan kan....^__^


sumber : HARIAN METRO 


11 comments:

Chekgu Azrine said...

paling suka serai..hehhee

dapurCikWan said...

thanks for sharing ;)

Unknown said...

Salam Syifa,makasih ya akak macam nak cuba je semuanya tu sbb kdg2 dapur kita lepas masak mmg tersangat lah "wangi" nya kan heheeee

Love2cook Malaysia said...

Nice info. I selalu letak pandan dan serai. Memang bagus ;)

ogyep yummy mellow said...

salam syifa... tqvm for sharing... sharing is caring kan..

asyifamustaffa said...

Chekgu Azrine : Slamat hari guru...salam perkenalan....:)


K.Wan : wlcme...:)


K.Noor : tq...btul tu...dapur bila lpas masak..mmg lain aromanya....sy pun nak try gak nnti....


♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ : tq...


ogyep : wlcme...yes..sharing is caring.....<3....

Unknown said...

menarik info ni..tq sharing:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. tq berkongsi tips.. wahh bagus ni... nanti nak cuba.. tq sooOooooo much... muahzzz :))

asyifamustaffa said...

Nieza : wlcme..



K.Sha : ok kak...selamat mencuba....:))

Asmara said...

wow nice info! boleh cuba la, rmh kat sini musim sejuk bertutup mmg tak best.

asyifamustaffa said...

Asmara : sila la cuba...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...