"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Wednesday, February 29, 2012

BREAD BUTTER PUDING

Assalamualaikum, selamat sejahtera. sihat ? alhamdulillah.... semoga bahagia hari nie....n lebih baik dri hari² semalam. Ok, nak citer 1 resepi yg sy dpt nie. n dah try pun... resepi dari Dapur kak.Dayang nie... saje nak cuba kan yg nie mcm mna pulak rasanya....

Sblm nie buat bread puding biasa dan bread puding gulung tu ok la... dah nama bende manis² nie kan..op kos ler sedap ye tak ? 

ini le rupannya bread butter puding yg dibuat petang semalam...nak post semalam, x de masa pulak....:)


sebab terjadinya puding nie, adalah kerana roti yg di beli nie, lansung x berusik n expired datenya semalam !

see... 28 February...kira bolehlah kan dibuat puding...hehe....

sy buat kan dalam rotinya, sapu butter n lapikkan 2.... susun dalam dulang pembakar .... dah susun dlm dulang, pas tu tuang kan buah-buahan cocktail yg dlm tin tu jer.... ( kalau ikut resepi yg sy dpt tu Kak.Dayang letak pisang....pisang x de..! sy gantikan dgn apa yg ada... kira orite ler...)

sapu peanut butter dulu ye...

susun lapisan roti tadi...pastu tuangkan buah²an koktail + kismis + choc chip,....pastu susun lagi lebihan roti di atasnya, kiranya nanti koktail tu berada ditengah-tengah ye.

last sekali, bila dah ditutup, ditabur lagi dgn kismis + choc chip n hirisan badam, nie smua optional, suka hati nak letak apa.... taburkan skit gula perang ...nnti dah masak nmpak keperangan...nmpk cntik juga....:)

ok, bawah ni sy share resepi dari Kak Dayang ye, tq Kak, sbab berkongsi resepi yg best !.

Resepinya :- 

  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis * syifa pakai koktail, airnya x digunakan. isinya sahaje
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional * syifa x guna
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 
Tambahan !syifa makan guna sos kastard...! sos kastard tu masakkan dulu pas tu sejukkan dlm fridge....sejuk....nyaman masuk kat tekak !!!  

Nak resepi sos kastard, boleh tgk SINI. ok.. pada yg nak tau rasanya bread butter puding nie....cuba ler buat...insyallah jadi.... ^__^


6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

terliur!

zila norazila said...

sedapnya..tggu klu ada roti nk abis tempoh baru nk cuba..h ahaaa.haa..cantik nya..:)

asyifamustaffa said...

Zila : cuba la...x yah tggu roti abis tempoh pun x pe..klau hati dah teringin kan...:)

Nadz Nazharzan said...

Ermm sedapnya.. Terutamanya tang buah2 koktail tu..

asyifamustaffa said...

Kak Naz : :)

Mama4hero said...

terliur tgk..haishh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...