Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera...salam ceria dipagi jumaat yg agak suram-suram jer cuacanya pagi nie...pagi nie nak cite la 1 lgi resepi yg di try test, saje nak buat sbnrnya sbb nak tau rasanya mcm mana kan. tp x totally ikut resepinya...ada yg sy tambah dan ada yg x digunakan lansung.
Inilah hasilnya roti lapis berinti....
sedap di makan dengan sos ye...dah rasa mcm makan pizza pulak...tp rotinya lain la kan...roti piza pun lain...
ini adalah kejadian sebelum dan selepas dibakar....
Resepi asal ambik dari SINI , Kak Rohah, sy share resepinya ye...:)
Bahan Inti:
400gm daging ayam kisar | leraikan
1 biji kentang (saiz kecil) | potong dadu/ kecil
1 labu bawang Holland | cincang dadu/ halus
3 ulas bawang putih | cincang dadu/ halus
2 biji cendawan butang | cincang dadu
4 sudu besar serbuk rempah kurma | dibancuh dgn sedikit air
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan inti:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan kentang.Tumis hingga naik bau.Kacau.
2.Masukkan bancuhan rempah kurma dan biarkan hingga naik minyak.Bolehlah dimasukkan daging ayam kisar tadi diikuti air secukupnya untuk melembutkan kentang.(Lebihkan air pun tak apa, tujuannya untuk merenehkan tumisan agar kentang benar2 empuk).Tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan mereneh dan sesekali dikacau gaul supaya tidak hangit.
3.Apabila kentang mulai empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati.Tutup kembali tudung kuali.
4.Matikan api apabila kuah kelihatan agak kering dan kentang benar2 sudah empuk.
Nota:*Toskan inti dengan penapis santan sekiranya kelihatan minyak yang berlebihan.
Bahan Untuk Melapis Roti:
Bahan A:
12 keping roti
2 biji telur* | dikacau
200ml susu segar* | (*)dicampur bersama
Sedikit marjerin (untuk disapu kat loyang)
Bahan B:(bahan taburan)
10 tangkai daun bawang | hiris
2 biji cendawan butang | hiris
Cili capsicum kuning secukupnya | potong kecil
Cili capsicum merah secukupnya | potong kecil
1 tangkai cili merah | hiris
200gm keju Mozarella
Serbuk oregano secukupnya
Cara menyediakan lapisan roti:
1.Sapukan Loyang menggunakan marjerin.
2.Celupkan roti sekeping demi sekeping ke dalam bancuhan susu dan telur.Susunkan dasar loyang dengan roti tadi.(Saya guna bekas/loyang 4 segi sama, so saya gunakan 4 keping roti di dasar loyang).
2.Celupkan roti sekeping demi sekeping ke dalam bancuhan susu dan telur.Susunkan dasar loyang dengan roti tadi.(Saya guna bekas/loyang 4 segi sama, so saya gunakan 4 keping roti di dasar loyang).
3.Sendukkan separuh inti dan ratakan ke atas roti yang bersusun tadi.Taburkan cili merah, daun bawang dan keju mozzarella hingga ke serata bahagian.
4.Proses ulangan:Ambil lagi 4 keping roti yang dicelup ke dalam bancuhan susu dan telur,susunkan sebagaimana langkah sebelumnya.Sendukkan lebihan inti, seterusnya taburkan cili merah,daun bawang dan keju Mozarella.
5.Celupkan baki 4 keping roti lagi ke dalam bancuhan susu dan telur, dan tutupkan ke atas taburan inti tadi.
6.Taburkan cili capsicum merah dan kuning, daun bawang, hirisan cendawan dan baki keju Mozarella ke atas permukaan roti yang terakhir ini..Taburkan serbuk oregano secukupnya.
7.Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan suhu 75 darjah Celcius selama 40minit.
8.Potong dan hidangkan bersama sos cili.
Ada bahan yg sy x guna mcm lada benggala tu kan, tp ditukarkan dgn sayur campur, bahagian atasnya dan tengah, sy tambahkan dengan sosej. lepas tu intinya tu bila nak masak, sy tambah lagi dengan 2 sudu besar cili giling tu kan...sbb nak bagi rasa mcm pedas sikit tu je..yg lain² masih sama.... bila dah makan tu baru la teringat, kalau di + dengan nenas dalam tin....mungkin lagi sedap...mcm dah rasa manis msam gitu......
pada yg nak tau rasanya, silakan cuba ye...^__^
4 comments:
sedapnyaa..teringin nak buat tp bab2 keju nie bahan susah nak cari..huhu..
Salam Syifa,
Wahh..cantik bertingkat roti dia..tq sudi mncuba..
sekali pandang macam piza..
sedap ni..
FAtin : keju nie bnyk kat supermarket je..cuba la...
Kak Rohah : tq...mekasih juga sudi share resepinya...
Kakna : insyallah sedap...cubala...
Post a Comment