"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, March 16, 2012

Kelebihan Jumaat


Assalamualaikum, selamat sejahtera.....alhamdulillah masih diberikan nafas lagi utk meneruskan hari-hari seterusnya.....hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari.....

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :"Hari yang paling baik, disitu terbit matahari ialah hari Jumaat, di hari Jumaat Adam diciptakan Tuhan, dan di hari Jumaat Adam a.s. dimasukkan ke dalam syurga dan di hari Jumaat pula Adam a.s.dikeluarkan dari syurga dan tidak berlaku kiamat kecuali pada hari Jumaat." (Hadis sahih riwayat Muslim)...........masyallah...indahkan?..

sini sy kongsikan lagi beberapa kelebihan hari jumaat...

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

antara kelebihan jumaat yg mudah sngt utk kita amalkan....moga perkongsian ini mendapat kebaikan utk kita semua...insyallah...

SUMBER :  http://permatakata.wordpress.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...